bismillah ^^
maaf lambat update entry, juz tinggalkan gambar. almaklumlah masa tak berapa cukup nak menunggu line yang seghupe kura2 naik bukit nih. sampai atas semput. haha
okey. . stop dulu melalut dan mengadu domba. ewahh! :p kita belajar buat ya.
step 1:
kita mestilah ada lukisan atau paste khat .
now, dia ada juga mengambil tempahan untuk buat frame khat.
nak tengok contoh, boleh klik nama dia yea. saya dah linkkan ke FB nya.
dia nih nak kata pro tuh katanya belumlah.
inshaaAllah dia sentiasa berusaha meningkatkan kemahirannya .
pray 4 him ya? :D
step 2 :
potong paste khat tadi dengan kemas.
pastikan gunting yang digunakan kecil dan
dapat memotong dengan kemas supaya bahagian lain tidak rosak.
step 3:
jahit 'penanda'
selepas dipotong kemas, jahit huruf yang telah dipotong diatas kain felt sebagai penanda.
step 4:
potong felt mengikut bentuk paste.
selesai menjahit benang sebagai penanda, potong kain felt mengikut paste yang telah ditampal.
step 5:
buka benang penanda
setelah dipotong kemas, buka jahitan penanda tadi dengan berhati-hati kerana kain felt mudah 'pecah'
step 6:
lekat pada baju.
step ini memerlukan anda ambil semula baki paste yang telah dipotong tadi (seperti step 2) untuk 'memuatkan' semula felt yang telah dipotong untuk proses melekat felt pada baju.
untuk melekatkan felt, saya lebih selesa menggunakan gam uhu dari hot glue gun bagi mengelakkan pembaziran. lagipun, untuk lekat sementara je ^^
step 7 :
jahit felt pada t-shirt.
ulang step 2-6 bagi huruf2 yang lain sehingga siap.
dah siap dan dah adjust baekkk punye, maka boleh lah mulakan menjahit.
huhh.. agak neves juga nak menjahit bende nih sebenarnya.
ye lah, dah cantik2 susun. nak jahit pulak.
gerentilah penyek!
tapi tak de jalan lain untuk 'mengekalkannya' melainkan dengan 'jahitan'. . hoh0oo :O
bismillah... ^^
step 8:
hasilnya! (part paling emotional)
nih bukan step sebenarnya. layan aje lah ye~
btw, penyek! kemek! huarghhh! sayangnya!! ><,
step 9:
jahit signature
okey. . hampir siap. tinggal 5% maybe.
huhh.. lega~
okey.. hok nim meme dop buleh nok guno felt lah kan.
sebab kemetot sangat.
hihi.. so saya jahit dengan warna yang ala2 sama je.
first, jahit paste signature tuh kat atas t-shirt sebagai penanda.
then juz jahit mengikut tulisan tuh.
kalau dia melengkung, awak lengkungkanlah.
kalau lurus, awak luruskan lah ea.
step 10:
tanggalkan paste signature.
dah siap jahit ape lagi? tanggalkanlah paste yang telah dijahit tadi perlahan2.
ini hasilnya. yang tinggal pada t-shirt hanya benang ^^
then. . siap!
untuk tengok hasilnya, sila klik
sini ^_^
untuk menjahit jenis khat yang lain juga sama sahaja caranya.
banyak kekurangannya dlm kerja sy nih, jadi any suggestion n opinion amat dialu2 kn ^^
sekian, semoga bermanfaat dalam redha Allah :)
selamat mencuba! :D