Online Diary Jahit Tangan: ✿Inspirasi Hijrah✿

.

.
Menerima tempahan Tudung Labuh, Shawl Labuh, Niqab, dan Felt Craft Handmade

Kepada Pelawat Yang Saya Hormati :D

Tempahan boleh dibuat terus melalui FB saya.
Selamat datang dan datang lagi,insyaAllah! ^_^
~✿
~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~
Status Dari Saya, Makluman Untuk Anda ^_^
18.7.2016 : Blog ini mengandungi pelbagai aktiviti jahitan saya sama ada untuk Sempurna Hijab ataupun Melt Craft. Sekian :)

✿Inspirasi Hijrah✿

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt. :)
salam mahabbah (kasih sayang) fillah (kerana Allah) buat pembaca sekalian. syukran kathir (terima kasih banyak2) kerana sudi berziarah ke laman yang tidak seberapa ini. inshaAllah dari semasa ke semasa saya akan publishkan cerita perkongsian daripada sahabiah yang sudi untuk bersama-sama menanam saham syurga melalui laman ini. Sesungguhnya saya sedang berusaha untuk menginfakkan segala apa yang saya ada untuk Islam. oleh itu, saya membuka ruangan Inspirasi Hijrah ini kepada sesiapa yang sudi untuk berkongsi.
idea untuk membuka lembaran ini datang apabila ramai muslimah yang baru berhijrah bertanyakan tentang hal-hal yang berkaitan purdah, tudung labuh, hukum, dan tak kurang juga meminta kata-kata semangat agar kuat untuk merealisasikan bisikan hidayah Allah itu. jadi dari situ, saya rasa apa salahnya jika saya 'menubuhkan' usrah on but offline ini. ehee.. berbelit2 pula ya. maksudnya, bukan kata-kata saya sahaja yang mereka terima, tetapi saya mahu mereka terus semangat dan gembira dengan banyaknya sokongan dari muslimah hijrah yang lain. 
maaflah kalau ayat saya macam highway. pusing sana, pusing sini. sungguh saya tak pandai nak buat ayat bunga2 sebenarnya. hihi.
"elehh.. nak up kan rating blog dia lah tu. buatlah sendiri. nak guna hasil tangan kita pulak."
'manis' bunyinya. senyum :)
demi Allah. semasa mula2 terfikirkan idea ini, tidak terlintas langsung dihati saya untuk kepentingan diri dan blog ini. apa yang saya tahu, 'Alhamdulillah saya ada tempat untuk dikongsi'. kepada yang tidak sudi.. tidak mengapa, Allah maha tahu niat saya.maaf diatas segala salah silap. apa yang boleh saya kata secara umum, saya hanya mahu syurga Allah. semoga Allah permudahkan.
jutaan terima kasih kepada para muslimat yang sudi membantu kerja dakwah ini. sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas tenaga, idea, dan segala apa yang anda curahkan. AllahuAkbar! dan saya minta maaf juga kerana saya tidak dapat memberi apa-apa upah sebagai ganjaran kerana sudah 'meminjam' hasil penulisan anda. saya berdoa, semoga Allah memudahkan urusan anda dunia dan akhirat. 
"Ya Allah.. terimalah amalan kami. permudahkan urusan dunia dan akhirat kami.."
ruangan PELUANG untuk anda :
- Inspirasi Hijrah (blog ini) : berkongsi cerita dan mempromosi barang percuma
- Prelove Barang Muslimah RM 10 -and below (Facebook) : bantu muslimah yang baru berhijrah untuk mendapatkan pakaian yang murah.
update : 28.8.2015
salam ukhwah fillah,

                                   Cerita Wanita Hijrah
                     *note : saya sudah baca sebelum publish ^_^


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comment:

Total Pageviews

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen