bismillah :)
di kesempatan kali ini, saya nak share pula tentang cara untuk buat veil yang saya dah tunjuk dalam post lepas2. semoga membantu bagi awak yang (terlajak) rajin ye. haha
Step 1 : Potong Kain Veil
Step 2 : Jahit Bias
firstly, potong kain bentuk "D"
ini untuk yang nak buat bentuk nih la kan.
ukuran saya tekap guna belakang telekung yang saya suka bentuk bulatannya.
bentang je atas kain nih, pastu potong.
then, jahit bias. bias nih sebenarnya saya nak baut putih je,
tapi sebab tak jumpa dan tahap ke 'excited'an saya dah tahap maximum..
saya taram ajelah warna ape yang jumpa.
asalkan tak lari dari tema. hihi
* tak dapat pasang renda lawa2 dah . hukhukk T.T
takpe2. nih baru latihan :p
eh lupa. saya guna kain chiffon. supaya lebih berat.
tak payah pakai manik banyak2 sangat nak bagi berat. hekhek :p
Step 3 :Jahit Manik bahagian Kepala
okey, untuk penjimatan saya buat bunga sendiri. dari potongan "D" nih jugak,
jadilah bunga yang bawah nih.
jengjengjenggg! haha, belum siap semua, dah gatai nak snap gambo.
btw, bunga saya biasa2 je ^,<
kat bawah nih pula antara manik yang saya guna untuk hias bahagian kepala.
taraaa! inilah hasilnya :)
saya tak suka crowded sangat.
so rasanya boleh la untuk permulaan nih kan?
*amboii puji diri sendiri :p
maaflah, hok nim saya maleh nak buat tutorial lah.
sebab benda nih terpulang mengikut citarasa dan kreativiti masing2.
nanti kat bawah je saya ajar *sikit cara jahit manik bahagian alur.
zoom jahit manik bahagian kepala~
zoom lagi. . hasil bunga yang saya buat sendiri.
*aishh terasa macam biskut strawberry lah pulak~
zoom pulak manik lain yang saya tepek kat situ!
Step 4 : Jahit alur manik pada bahagian body veil
pandangan pra-keseluruhan alur
pandangan dekat alur
cara buatnya, saya lakar pada kertas surat khabar corak alur yang saya mahu.
potong dan tekap di atas kain.
haa gunalah ape2 alat yang ada untuk lukis tuh.
saya ada pensil kapur khas untuk felt tuh.
taram aje lah. haha
asalkan 'ter'tekap :p
okey, kita dah masuk cara nak jahit manik 'gaya saya' pada alur.
langkah 1: masukkan jarum dari bawah. pastikan atas garisan ye!
langkah 2 : masukkan manik pink
langkah 3 : cucuk jarum dibahagian atas tarik ke bawah kain.
langkah 4 : cucuk jarum dibahagian bawah manik pula.
langkah 5: masukkan manik hijau
langkah 6 : masukkan jarum pada lubang tengah2 manik pink.
okey ulanglah cara tadi sampai habis garisan.
ini hasilnya.
*tadi bunga di kepala rupa macam kuih strawberry,
manik pada alur nih pulak macam aiskrim. perghhh! :D
sekian,
semoga Allah redha ^_^